Wednesday 3 August 2011

Maafkan saya mak..

Assalamualaikum...

Dah lama aku tak mencoret sesuatu di blog ini. sebelum itu saya ucapkan selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Pejam celik kita dah 3 hari berpuasa. Begitu juga dengan aku, dah 3 hari berpuasa bersama dengan KANDA. Rasa gembira pulak...yela tahun pertama berpuasa bersama...g bazar Ramadhan bersama, g terawih bersama...masak berbuka bersama...indahnya dunia yang Allah beri padaku untuk ku rasa nikmat menjadi seorang isteri...Alhamdulillah segala nikmat yang diberikan Allah..

Dalam hari ke 3 berpuasa ni...aku juga telah seminggu lebih tak menjenguk ke rumah emak...hari pertama puasa juga tak balik...kenapa agaknya???hanya Allah yang tahu hati ini...tapi kalau orang tua2 cakap "kalau kita selalu jumpa, nanti bau busuk pulak...".Itu sahaja yang mampu aku katakan...apa yang berlaku biarlah kami bertiga sahaja yang tahu (Kanda, Dinda dan Allah..).Bukan apa..kita sebagai anak ni hanya mampu menurut tanpa melukai hati emak atau abah..kalau boleh biarlah hati kita yang terluka dari buat hati mereka berdua terluka dan terhiris...berdosa kita nanti...

Tengah asyik sibuk buat keje di pejabat tengah hari tadi tetiba dapat mesej dari emak..
"Salam..pose ke?Hari ini mak masak kueh tiaw lebih untuk berbuka, nanti balik keje singgah la amek di rumah..".
aku tersentuh membacanya...Emak rindu agaknya ...YA Allah ampunkan aku..hamba mu ini tidak berdaya, Kau tunjukkanlah jalan sebenarnya YA ALLAH...Aku pun membalas mesej emak dengan niat tidak mahu emak terasa langsung dengan kata-kata aku
"Wsalam..pose...ok, nanti sy singgah balik nanti.."
.eeemm...balik ni nanti aku kena singgah umah mak walaupun perjalanan aku agak mengambil masa yang lama untuk sampai ke rumah suami...nak jaga hati mak, aku sanggup buat apa sahaja...walaupun emak tak tahu bertapa aku sangat sayang dan rindukan emak...

Ya Allah kau sayangilah ibu bapa ku seperti mana mereka menyayangiku sejak kecil..amin..

No comments:

Post a Comment