Sunday 7 August 2011

Ditakdirkan Bersama



Seorang yang bernama lelaki 
andainya satu hari nanti 
kita ditakdirkan bersama 
melayari bahtera kehidupan 
usah kau mimpi selaut sutera kehidupan 
usah kau igau kasih sayang menggunung tinggi 
juga usah kau harapkan 
kesempurnaan yang mutlak dari diriku... ... 

Akuilah hakikat yang tersurat 
aku bukan SITI KHADIJAH 
mahupun permata SITI FATIMAH 
aku bukannya SITI AISYAH 
mahupun UMMUL MUKMININ yang lain 
bukan juga RABIATUL ADAWIYAH 
wanita suci terpuji 
juga tak mampu mencapai martabat SITI MARYAM... 
MARSHITAH... ..ataupun UMAIYAH... . 

Kau yang bernama lelaki 
mengertilah dengan waras keislaman 
aku hanya wanita akhir zaman 
cuba mempertahankan maruah 
serta kesucian diri 
sebagai MUSLIMAH 
berlandaskan garisannya... ... 

Kau yang bernama lelaki 
demi keranaNYA semata-mata 
tak Ku tagih apa-apa darimu 
bukan Ku pinta harta menggunung tinggi 
cuma Ku pohon sebuah pengertian 
kasih sayang suci 
bahawa AKU adalah amanah untuk diri Mu... . 
sekiranya kita di takdirkan bersama...

No comments:

Post a Comment