Thursday, 5 January 2012

Al Fatihah Untuk Budak Kecil itu..

Assalamualaikum...Salam Sejahtera Followers yang setia menemani hati ini..




Erm..lama jugak tak tulis blog...agak berabuk jugak nampaknyer..


Yelaaa..masih terasa akan kehilangan "budak kecik" tuuu...




Masih teringat lagi...saat bonda mengandungkan kamu...kamu tak banyak membuat ragam kepada bonda..semua berjalan lancar dan tiada alahan seperti ibu-ibu mengandung yang lain..


Saat pertama kali bonda mengetahui kamu selamat disenyawakan di dalam rahim bonda, bondalah org yang paling bahagia sekali dalam dunia ni..sehinggakan menitisnya airmata bonda tanpa bonda sedari...Bonda menghitung hari demi hari minggu demi minggu menunggu kamu membesar dalam perot bonda...setiap hari bonda mendoakan keselamatan kamu sayang..Semoga kamu sihat dan cukup kuat di dalam sana...




Bonda masih ingat lagi..makanan kegemaran kamu adalah buah-buahan...4 minggu dalam kandungan bonda, kamu langsung taknak makan nasi...tekak rasa kesat seperti menelan nasi ulas demi ulas..Apa yang menjadi kegemaran kamu adalah buah anggur, stawberi, mangga, laici, longan, dll yang diselaputi dengan coklat syrup..tengah2 malam pun cari buah..nasib ada simpan epal dalam frez..




Semasa kandungan kamu 6minggu bonda sangat2 tidak sabar melihat kamu, tetapi rawatan masih lagi tidak mengizinkan bonda untuk melihat kamu kerana kamu masih kecil dalam rahim bonda..Namun jauh di sudut hati bonda mendoakan kamu sentiasa kuat..


Pada minggu ke 7 bonda merasakan seperti perot bonda ringan seperti tidak mengandung,kenapa????


Sehingga bonda bertanya kepada ayahanda kamu tetapi dia menafikan sesuatu yang buruk..Dalam hati bonda sentiasa berdoa untuk kamu...


Pada hari kamu pergi...Kamu sangat menginginkan untuk makan udang galah...Bonda rancang untuk menunaikannya pada hujung minggu..tapi maafkan bonda, bonda tak tau bahawa itu permintaan terakhir kamu...Bonda tak dapat tunaikan permintaan kamu...maafkan bonda..Pada hari yg sama juga kamu pergi tinggalkan bonda..Amat sedih namun bonda redha atas semua ketentuan dari Allah..mungkin ada hikmahnya..




*** Setiap malam selepas pemergian kamu...bonda asyik bermimpi akan dirimu yang sedang seronok bermain di alam sana...Kamu sangat gembira bermain buaian di bawah pokok itu..wajah mu tak ubah seperti kanak-kanak dalam lagu ini..sungguh mirip sekali apabila kamu berjubah...bonda rindu padamu..kini kamu sudah 16minggu sayang..Bonda doakan kamu tenang di sana..amin.


Melly dan Baim - Catatanku..






Awan awan menghitam
langit runtuhkan dunia
saat aku tahu ternyata akhir ku tiba
mengapa semua menangis
padahal ku selalu tersenyum
usap air matamu
aku tak ingin ada kesedihan
burung sampaikan nada pilu
angin terbangkan rasa sedih
jemput bahagia diharinya
berikan dia hidup

tuhan terserah mau-mu
aku ikut mau-mu tuhan
ku catat semua ceritaku
dalam harianku

No comments:

Post a Comment