Thursday 29 September 2011

Kawan waktu senang je ke???atau ambil kesempatan atas kawan saje?





Siapakah kawan? 


Kawan ialah orang yang boleh anda harapkan seperti:
• Menemani anda semasa anda keseorangan
• Boleh berkongsi minat dan pengalaman bersama anda
• Sedia membantu agar anda merasa senang dan terhibur
• Sedia bersama menemani anda untuk bergembira di sebarang majlis keramaian
• Bersedia menemani anda untuk aktiviti sosial seperti makan, menonton atau bersantai
• Dapat memberikan sokongan emosi yang diperlukan menjadi pendengar yang baik,
mempunyai rasa simpati, memberi keyakinan, nasihat, cadangan dan sentiasa
memberi galakkan serta mengambil berat tentang diri anda
• Bersedia untuk memberi anda pengetahuan atau peristiwa-peristiwa terkini
• Bersedia membantu anda bila masa sahaja yang diperlukan
• Dapat memberikan perasaan diri anda dipunyai dan diperlukan dalam sesuatu
kumpulan sosial


Bagaimana saya hendak memilih kawan? 


Anda mungkin mempunyai alasan tersendiri dalam memilih kawan. Oleh itu pilihlah kawan
berdasarkan alasan anda itu.
Bagaimana cara saya hendak memulakan persahabatan?
• Mulakan perkenalan dan cuba kenali mereka
• Tegur dan beri salam serta perkenalkan diri anda
• Bertanyakan tentang diri mereka (Contoh: datang dari mana, apa kegemaran mereka)
• Dengar penjelasan mereka dengan penuh minat
• Cuba cari sesuatu topik biasa untuk dibualkan atau ajak mereka bermain bersama
anda

Jika kita menunjukkan minat untuk mendekati seseorang, mereka akan rasa diperlukan.
Walau bagaimanapun elakkan meminta informasi yang mungkin agak personal yang mereka
enggan beritahu anda.  Hormati keputusan atau tindakan mereka yang enggan memberitahu anda mengenai sesuatu perkara. Jangan memaksa.

Apakah halangan dalam menjalinkan persahabatan? 
• Memanggil atau memberi gelaran nama yang negatif yang tidak disukainya
• Suka bertekak dan cepat memberi kata putus
• Tidak bersetuju dengan pendapat orang lain walaupun diri sendiri tidak mempunyai
idea
• Berlagak dan sentiasa mengarah
• Bercerita tentang diri sendiri sahaja
• Suka mengumpat dan bercerita tentang keburukan orang lain
• Bersikap negatif dan suka menyindir
• Kedekut
• Suka menunjuk-nunjuk dan bercakap besar
• Suka buli orang dan memaksa orang lain melakukan sesuatu yang tidak disukainya
• Bercakap bohong atau penipu
Apa akan terjadi jika saya tidak berkawan?
• Anda akan merasa keseorangan dan kesunyian
• Kurang mendapat bantuan semasa anda memerlukannya
• Kurang mendapat sokongan emosi semasa ketiadaan ibu bapa atau penjaga di sisi
• Kurang atau tiada kawan untuk menemani anda untuk bermain atau bersiar-siar

Apa yang perlu saya lakukan jika saya disisihkan oleh kawan? 


Kadang-kadang orang tidak berminat untuk  berkawan dengan anda. Mereka akan
memberitahu anda secara lembut atau kasar. Tidak mengapa walaupun anda rasa tersinggung,
sedih atau marah.
Cara untuk mengatasi masalah tersebut:
1. Cuba fikirkan apa yang perlu anda lakukan untuk anda mendekatinya 2. Walaupun dia enggan menerima anda sebagai kawannya, pastikan anda tidak
memusuhinya
Berkatalah pada diri anda sendiri:
• "Walaupun saya tidak suka disisihkan oleh kawan, saya dapat mengatasinya."
• "Tidak mengapa, saya boleh menjalinkan persahabatan dengan orang lain."
• "Walaupun saya tidak suka apabila merasai seperti tidak diperlukan, memandangkan
saya seorang yang baik, saya pasti akan dapat kawan baru."
• "Saya tidak menyukai sikapnya yang kasar, tetapi itu masalahnya. Saya tidak perlu
hiraukan."
• "Saya dapat mengatasinya walaupun saya tahu sikapnya yang suka mengampu
(bodek)"

Bagaimanakah perasaan jika saya tidak diterima sebagai kawan? 


Mereka yang tidak diterima sebagai kawan akan merasa atau memikirkan:
• "Apakah saya ini tidak berguna sehingga orang enggan berkawan dengan saya?"
• "Saya sudah pun berlembut dengan sikapnya yang bongkak. Saya tidak suka
padanya!"
• "Dia tidak berminat untuk berkawan dengan saya, mungkin saya membosankan"
• "Saya diperlakukan seperti orang bodoh, dengan diperbodohkan saya, dia fikir siapa
dia?!"
Perasaan negatif ini memang sepatutnya membuat anda marah, pahit dan rasa terhina.
Dengan berfikiran sedemikian, tidak akan membantu anda. Cuba cari jalan lain yang lebih
positif dan lakukan sesuatu yang lebih baik supaya anda rasa lebih selesa.

Di manakah saya boleh mendapatkan kawan?  


• Sekolah
• Jiran tetangga
• Balai Rakyat
• Kelab sukan
• Pusat membeli belah • Tempat-tempat ibadat (seperti - masjid, gereja, kuil)
• Berkhemah
• Taman Rekreasi
• Perhimpunan sosial - contoh: rumah terbuka, majlis jamuan, jogathon dan sebagainya
• Internet - melalui "chat" atau email
• Pada dasarnya di mana sahaja



Bagaimana saya akan menjalinkan persahabatan melalui 
Internet? 


• Banyak laman-laman Web boleh didapati (contoh:  www.friendster.com,
www.hi5.com,  www.multiply.com) yang membolehkan anda berhubung dengan
orang di seluruh dunia. Anda hanya perlu lengkapkan biodata dan carilah kawan yang
sesuai yang mempunyai hobi atau minat yang sama dengan anda. Hubungi dan
tawarkan diri anda untuk menjadi kawan mereka
• Terdapat data dalam Internet (Internet diaries) yang boleh dijadikan panduan laman
web. Anda boleh dapatkan biodata dan memilih kawan yang bersesuaian dengan anda
• "Chat-rooms" juga ada disediakan. Melalui -mail anda boleh berbual secara "on- line"
dengan orang luar yang telah berdaftar dengan pembekal email yang sama (contoh:
www.yahoo.com, www.hotmail.com, www.icq.com)
Apa persediaan diri yang diperlukan sebelum saya menjalinkan 
persahabatan? 


Anda mungkin memikirkan mengenai:
• Bagaimanakah kawan yang saya inginkan?
• Di manakah boleh saya bertemu mereka?
• Apa yang akan saya bualkan dengan mereka?
• Apa yang perlu saya katakan atau lakukan supaya mereka menjadi kawan saya?
• Apakah akan saya lakukan jika saya tidak diterima sebagai kawannya?
Berlatih dengan seseorang yang boleh anda percayai.
Jika cara yang anda lakukan tidak sukses (berjaya), tukar dan cuba dengan cara yang lain
pula.
Apakah OK jika mengalami perasaan gementar semasa
menjalinkan persahabatan?
Perasaan gementar kadang-kadang dapat dirasai apabila bertemu orang walau kawan biasa
tambahan pula dengan orang baru, terutama yang  anda minati . Itu adalah perkara biasa.
Lama kelamaan keadaan akan kembali seperti biasa selepas anda melaluinya dalam beberapa
waktu.

Saya pemalu, Tidak suka mulakan perkenalan. Apa yang harus 
saya lakukan? 


Ramai orang yang pemalu. Mereka lebih suka ditegur atau disapa terlebih dahulu. Anda
masih boleh meneruskan persahabatan secara begini, tetapi anda akan dapat lebih ramai
kawan jika anda yang memulakan dahulu perkenalan. Cuba mulakan langkah pertama dan
membiasakannya. Perasaan malu akan berkurangan dan hilang. Jika perlu mintalah bantuan.
Kepada siapakah yang saya boleh minta bantuan?
• Keluarga
• Kawan-kawan
• Guru • Kaunselor
• Psikologi
• Guru yang mengajar ilmu kebatinan

No comments:

Post a Comment