Tuesday 5 July 2011

Cerita Pasal Kawen,,,

Bila cerita pasal kawen...semua orang nak kawen....tahun 2011 ni je pas aku kawen ramai member2 kanda aku yang ikot kawen....tapi tertanya2 kita kawen ni atas sebab apa yer???adakah kita kawen sebab nak penuhi nafsu kita semata2 nak dapat anak n riak dapat isteri yang kaya atau canteekk....haaaa...tu lu pk la sendiri...


Perkahwinan ialah hubungan terikat antara dua orang yang diiktirafkan oleh pihak berkuasa sivil dan/atau diikat oleh kepercayaan agama peserta-peserta. Sifat duaan ini, iaitu kontrak undang-undang terikat serta janji kesusilaan, menyebabkan perkahwinan amat sukar disifatkan.
Dalam satu bentuk atau lain, perkahwinan didapati di hampir setiap masyarakat. Rekod-rekod tertua yang merujuk kepada perkahwinan mengatakan bahawa perkahwinan adalah satu adat resam yang mantap. Walaupun ahli-ahli antropologi telah mencuba mengesan asal perkahwinan, umpamanya hipotesis persetubuhan primitif secara rambang, mereka telah gagal memperoleh sebarang bukti.
Di dunia Barat, perkahwinan difahami secara tradisi sebagai satu kesedudukan monogami antara seorang lelaki (suami) dan seorang perempuan (isteri), sedangkan di bahagian-bahagian dunia yang lain, poligami pernah merupakan bentuk perkahwinan yang biasa.Secara umumnya, pandangan masyarakat tentang konsep poligami adalah apabila seorang suami mempunyai lebih daripada seorang isteri.Sebenarnya dalam antropologi, konsep yang paling tepat untuk menghuraikan seorang suami yang mempunyai lebih daripada seorang isteri ialah poligini manakala konsep yang menghuraikan seorang isteri yang mempunyai lebih daripada seorang suami ialah poliandri. Poligami biasanya mengambil bentuk poligami (seorang lelaki mempunyai banyak isteri), tetapi sebilangan masyarakat yang amat kecil membenarkan poliandri (seorang perempuan mempunyai banyak suami).
Disini ada beberapa perkara yang perlu kita renungkan akikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? cuba kita lihat...dan manakah pilihan kita???

1- Jika hakikat pernikahan adalah kerana nafsu, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan.

2- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bangkrup.

3- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.

4- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.

5- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

6- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagipula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI.

7- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepadaALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang bu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat 
meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.
renung2kan selamat beramal...

No comments:

Post a Comment