Friday, 2 November 2012

Suatu hari Ketika Allah telah Memilihmu untukku....

Suatu hari Ketika Allah telah Memilihmu untukku....
Seorang ayah memberi nasihat kepada menantu lelaki yang baru sahaja menikahi puteri kesayangannya yang dijaga sejak dari dalam kandungan ibu seperti menatang minyak yang penuh....
Ayah: Anak...jagalah puteri abah dengan baik..kau telah mengambilnya dengan cara yang baik.Andainya suatu hari nanti jika kau tidak menyukainya kau tegurlah dia dengan cara yang baik..tapi sekiranya suatu hari kau telah terlalu membencinya...pulangkanlah kepada kami dengan keadaan yang baik...(sambil menitiskan air mata seorang ayah...)

Monday, 9 July 2012

KAU ADA PHD TAK?
Jawab dengan ikhlas ya . Maksud PHD kat sini ialah PERASAAN HASAD DENGKI ya... bukan phd Doctor of Philosophy ATAU any higher doctorates.


Untuk yang sedang memiliki 'PHD' ni... cubalah buang ..kalau tak terus..sikit-sikit. Sebab banyak yang tak baik dari baiknya... erk..myself pun kadang ada gak rasanya kot ...so ini peringatan untuk diri sendiri juak... Jangan ada rasa hasad yg keterlaluan..berpada-pada..kontrol gitu! Banyak tak baik dari baik nya kalau ada 'PHD' ni...
antaranya:-
Sifat dengki menghapuskan amalan baik. ( Kau buat la baik camner pun.... dpt hampeh jer..)

Setiap kali seorang muslim melakukan kebaikan, dia akan beroleh pahala. Tetapi, apabila dia memiliki sifat dengki, amalan kebaikan yang dilakukannya akan terhapus gara-gara perasaan keji itu. Ini selaras dengan sabda Rasulullah SAW yang mafhumnya:
“Jauhilah olehmu sekalian akan sifat dengki, kerana sesungguhnya dengki itu menghapuskan kebaikan, sebagaimana api menghanguskan kayu bakar. (Al-hadis).
Selamatlah beramal....

Wednesday, 20 June 2012

Setahun Sudah Ku Menjadi IsteriMU.

Assalamualaikum...w.b.t

Sorry la lambat updated blog ni...Sebenarnya nak kongsi dah setahun kami mendirikan rumah tangga rupanya..sekejap sangat masa berlalu...rasa macam baru je kami berkahwin..apa yang berlaku selama setahun ni telah banyak mematangkan kami..dan dalam masa yang sama juga kami semakin sayang dan memahami antara satuu sama lain..kepada kawan-kawan..terima kasih kerana mendoakan kami dan tidak lupa juga kepada sahabat yang tak henti-henti nak meruntuhkan masjid kami..terima kasih juga kami ucapkan...semoga Allah membalas setiap perbuatanmu..amin. Di sini dikongsikan khas untuk para follower sebuah detik manis yang tercipta antara kami berdua...terima kasih kanda...Aku mencintaimu sepenuh hatiku...terima kasih kerana menerima ku seadanya...

Bila sudah tertulis, KAU tetap JODOHNYA

Asslamualaikum...w.b.t

Lama sudah tak updated blog ni...berhabuk jugaklah nampaknya blog...apa pun...minta maaf pada para follower..

Sebenarnya hari ni tetiba teringat pada suatu kisah kawan aku ni...yang tak nak mengaku bahawa isterinya itu sememangnya jodoh dia setelah menemui semula kekasih lamanya walaupun sudah 6 tahun lebih mereka mendirikan rumah tangga...Erm..ntahla..aku pun tak faham..mungkin sebab isterinya menghidap penyakit kencing manis dan tidak boleh mengandung...Entah macam mana dengan kuasa Allah setelah berjumpa dengan kekasih lamanya itu, tetiba isteri dia mengandung...Subhanaallah...Lihatlah Kuasa Allah kan...Dalam dia asyik mengutuk isteri dia yang tak mengandung tu tetiba mengandung...ish..ish...(takpe..jadikan teladan buat kita...apa yang terjadi tu ada hikmahnya).

Tertarik aku pada sebuah carpen pendek dari I Luv Islam..Mungkin boleh dikongsikan disini sedikit ayat darinya "Sebaik-baik isteri adalah yang jika kamu memandangnya membuatkan hatimu senang, jika kamu perintahkannya dia mentaatiku, dan jika kamu tinggalkannya maka dia akan menjaga untukmu harta dan dirinya."(Hadis riwayat Ibn Jabir). "Dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir."(Surah Ar-Ruum: 21).


Daripada ayat ni jer kita dah boleh nampak siapa diri kita dan siapa diri isteri kita tu sebenarnya..so, tak perlulah nak kutuk antara satu sama lain. Boleh dikatakan suami tu adalah cermin isteri dan macam tu juga sebaliknya.


Tak nak cakap banyak dah..kita layan carpen ni..




BILA SUDAH TERTULIS, KAU TETAP JODOHKU

"Abang nak dengar cerita tak?" Soal Zahra, isteriku yang baru beberapa hari kunikahi. Lembut dan lunak sekali suaranya.
Ketika itu aku sedang menghadam kitab Usul Fiqh tulisan Syekh Prof. Dr. Abd Karim Zaidan. Ulama kelahiran Iraq yang tekun mendidik dan berdakwah di Yaman. Beliau terkenal dengan kealimannya dalam bidang Fiqh dan Usul serta Dakwah.
Sengaja aku meneruskan bacaan. Aku berpura-pura seperti tidak mendengar apa-apa.
"Abang, nak dengar tak cerita saya. Emm...tak pelah." Dia mencebik muka.
Itulah yang aku tunggu. Lantasku tutup kitab fiqh dan aku letakkan di atas meja kecil disisi sofa. Aku bangun melangkah dan mendekati isteriku yang sedang duduk bersimpuh di atas lantai beralaskan permaidani berona coklat. Aku memilih kedudukan betul-betul dihadapannya. Mata kami bercantum empat. Pandangan kami menyatu. Perlahan-lahan ku hulurkan kedua tangan, dan ku pegang pipinya. Lalu ku dekatkan bibir ke wajahnya. Dia menutup mata. Kemudian... tangan nakal ku mencubit lembut hidungnya.
"Haa! haa..!" Aku pantas bangkit dan melarikan diri.
"Abang!" Zahra cukup geram dengan perbuatanku tadi. Dia terus bingkas dan mengejar-ngejar aku dibelakang.
Suasana menjadi riuh dengan suara gelak dan tawa kami. Gelagat kami seakan-anak anak kecil yang sedang bermain kejar-kejaran. Mujurlah kami belum punya cahaya mata. Kalau tidak pasti mereka merasa pelik melihat gelagat kami yang seperti mengalahkan mereka ini. Melihat keadaan isteri yang semakin letih, aku tidak betah untuk terus berlari. Sengaja ku beralah. Pantas sahaja dia menangkap tubuhku, lalu melancarkan serangan. Berkali-kali.
"Sayang! Abang cubit sekali je tadi," ujarku cuba membela diri sambil ketawa.
"Ah. Tak kiralah abang yang mula dulu. Sekarang terimalah balasannya." Zahra sehabis mungkin mengenakanku kembali. Habis tubuhku dicubitnya manja. Dia mengilai riang, kemenangan. Aku tidak bisa berbuat apa-apa lagi, hanya mampu redha dengan kemenangan Zahra. Seraya itu, ku perhatikan tingkahnya. Suaranya. Gelak tawanya. Manja dan menawan hati. Dia benar-benar mampu mengubat hatiku, aku benar-benar gembira dan bersyukur pada Allah kerana dijodohkan dengan wanita semulia dan secantik Zahra. Terima kasih Allah!
Dalam kegembiraan dia mencubitku, dengan pantasku tangkap serangan terakhirnya. Aku pegang kedua tangannya. Zahra terdiam kaku. Aku pandang tepat ke wajahnya. Sedikit titik air terlihat dikelopak matanya. Aku sekat air mata bahagia itu dengan jari jemariku. Perlahan-lahanku kucup ubun-ubunnya, lembut dan kurangkul tubuhnya erat dengan penuh kasih sayang. Kasih sayang yang dibina kerana Allah. Aku bahagia, dan ku pasti dia juga turut merasai kebahagiaan ini. 
"Abang ni, sampai hati kenakan Zahra tau!" Dia pura-pura merajuk dan membulatkan matanya, walaupun begitu tetap terpancar rona-rona keceriaan disebalik rajukan yang dibuat-buat itu.
"Sekali-sekala abang nak bergurau dengan Zahra, seronok juga kan." Selorohku sambil ketawa kecil.
Aku memimpin Zahra dan membawanya ke arah kerusi yang terletak di balkoni. Daripada balkoni itu, kami dapat menikmati angin bayu yang begitu mendamaikan kerana balkoni tersebut benar-benar menghadap pantai. Aku selesa disini bersama isteriku yang tercinta. Kami masing-masing mendiamkan diri, menikmati kedinginan malam dan keindahan bulan di langit. Butir-butir bintang berkelip indah, bukti kekuasaan Yang Maha Esa. Beberapa ketika selepas itu, aku memperbetulkan kedudukan ku diatas kerusi dan merebahkan tubuh ke sandaran kerusi berlapikkan span. Zahra tanpa disuruh, menyandarkan kepalanya ke dadaku. Hati ini terasa sejuk dan tenang sekali. Alangkah indahnya nikmat Tuhan, aku dapat bermesraan dengan wanita yang halal bagiku, sudah tentu ia akan dikira sebagai ibadah. Dalam sepi aku terfikir, inilah hikmah perkahwinan yang seringku baca dalam kitab-kitab dan hadith-hadith Nabi, sesungguhnya Allah telah membuka pintu-pintu kenikmatan yang membuahkan pahala.
Lama membisu dan melayan perasaan, tiba-tiba Zahra mengungkapkan tutur yang membelah kesunyian."Pernah suatu ketika dulu, sebelum Allah menyatukan kita. Waktu itu kita sama-sama menuntut di universiti. Zahra begitu kagum dengan seorang pemuda. Zahra rasa dia adalah lelaki paling mulia di dunia. Dialah pemuda sejati yang menempatkan ibadah dan dakwah di atas segalanya. Sungguh Zahra kagum dengan keperibadiannya. Kebijaksanaannya menyantuni orang-orang sekeliling membuatkan hati-hati yang menjadi dekat dengannya. Bicaranya ibarat zikir-zikir yang sering mengingatkan orang-orang sekeliling akan Allah. Tingkahnya membuatkan orang-orang merasa senang bahkan bisa tersentuh."
Aku cuma mendengar. Membiarkan Zahra meneruskan kalimah-kalimahnya.
"Zahra tidak pernah menyangka Zahra sudah jatuh hati pada pemuda itu. Sungguh Zahra tidak pernah menyangka perasaan itu dan Zahra pernah berkali-kali menafikannya. Namun Zahra tidak kuat menolak cinta yang hadir dalam diri. Zahra tewas dengan perasaan sendiri."
Kemudian Zahra terdiam. Dia memandangku dengan pandangan sayu.
Wajahku seakan berubah. Demi Allah, aku benar-benar cemburu kepada pemuda itu. Masakan dia bisa mencuri hati seorang wanita mulia. Seorang muslimah yang sangat aku sanjungi dan kagumi keperibadiannya. Malah, wanita ini sekarang telah menjadi permaisuri hidupku. Aku ingin sekali bertanya. Pelbagai persoalan muncul di fikiranku namun ku biarkan Zahra dengan bicaranya dan aku akan cuba dengar dengan saksama.
"Namun abang, Zahra masih kuat untuk mendidik nafsu sendiri. Zahra tidak tertewas dengan pujukan syaitan yang berkali-kali mengajak Zahra menerobos ke ruang maksiat. Zahra masih punya sifat malu yang menebal. Mustahil untuk Zahra menanggalkan pakaian mulia itu. Pakaian yang dinamakan malu. Maka dengan perasaan malu yang mendalam itulah Zahra bertahan membuang segala rasa yang mungkin mengganggu hari-hari Zahra. Zahra tidak mahu terjebak ke jurang cinta seusia itu kerana Zahra telah tekadkan dalam diri bahawa hidup saya semata-mata untuk menelaah ilmu dan menjunjung perintah Allah didalam al-Quran. Cinta sebelum bernikah adalah cinta semu yang tidak harus diagung-agungkan. Lalu Zahra pendamkan rasa cinta Zahra pada pemuda itu, kerana Zahra berkeyakinan bahawa jodoh adalah rahsia Allah yang tidak bisa disingkap oleh insan melainkan dengan kudrat-Nya."
Zahra berhenti berbicara seketika. Dia menarik nafas dalam-dalam. Perkara ini seperti terlalu serius dan penting baginya. Aku menjadi risau dan soalan demi soalan kian menjengah ke dalam fikiranku.
"Zahra berusaha mendekatkan diri kepada-Nya. Bulat-bulat Zahra berserah kepada Allah perihal jodoh. Kerana Zahra yakin akan bicara Allah dalam kalam-Nya:"(lazimnya) perempuan-perempuan Yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki Yang jahat, dan lelaki-lelaki Yang jahat untuk perempuan-perempuan Yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik, dan lelaki-lelaki Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik. mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) Yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan Yang mulia."
(Surah An-Nuur:26)"
Zahra memandangku lembut. Dia pasti dapat meneka riak air mukaku. Aku cemburu Ya Allah. Mengapa perlu isteriku ini bercerita perihal pemuda lain dihadapanku. Walaupun aku kini pemiliknya yang sah namun aku tidak dapat menghalang jiwaku daripada perasaan cemburu ini. Namun Zahra masih mahu menyambung kisah nya.
"Pemuda yang mulia untuk wanita yang mulia. Jadi, Zahra berdoa tidak henti-henti moga Zahra dipertemukan dengan pemuda itu jika Allah mengkehendaki."
Tanpaku sedari Zahra mencuri pandang kearahku. Dia kini seperti menangkap perasaan di hatiku yang sedari tadi membuak-buak rasa cemburu.
"Abang cemburu?" Soalnya lembut dan manja.
"Love is never without jealousy," jawabku perlahan. Zahra berterusan membisu dan memandangku seakan mengerti masih ada bait-bait kata yang ingin aku ucapkan kepadanya.
"Bertuahnya lelaki tu. Mesti dia seorang yang hebat kan? Yelah, seorang wanita secantik dan semulia Zahra pun memuji dan mencintainya. Siapa lelaki tu sayang? Abang kenal dia?" Aku menyoal Zahra bertubi-tubi namun nadaku masih lembut walaupun hatiku bergetar ingin tahu siapa lelaki yang isteriku cintai ini.
"Abang nak tahu siapa dia?" soalnya semula kepadaku. Eh, bukankah aku yang banyak bertanya soalan kepada dia tapi dia pula yang menyoalku kembali. Aku berasa sedikit geram dalam penantian.
Dia kemudian memegang tanganku dan diciumnya dengan penuh takzim. Lalu dengan sungguh-sungguh dia berkata.
"Abang, you are the man that i loved since the first time i met you in University. Zaid! Masya-Allah, now you've already be my husband, and i will give all my life to you, in the name of Allah."  
Hatiku gerimis. Basah dengan bicaranya yang penuh makna. Aku pandang wajahnya dalam-dalam sembari menikmati keindahan dan kecantikan wajahnya. Hatiku kini tenang. Sungguh benar sabda Nabi Muhammad SAW:
"Sebaik-baik isteri adalah yang jika kamu memandangnya membuatkan hatimu senang, jika kamu perintahkannya dia mentaatiku, dan jika kamu tinggalkannya maka dia akan menjaga untukmu harta dan dirinya."
(Hadis riwayat Ibn Jabir)

"Sayang, wajahmu seindah bidadari di syurga. Abang sangat beruntung dan bangga kerana menikahi seorang isteri solehah seperti sayang" Lirihku lembut.

"Dan abang adalah lelaki terbaik yang pernah Zahra temui. Abang cinta pertama dan terakhir Zahra." Lirihnya kembali.
Perasaan kami, jiwa kami, hati kami, segalanya kini bersatu. Aku mencintai isteriku dan berjanji akan selamanya menjaga amanah Allah ini hingga ke syurga. Akan kami teruskan ibadah yang suci ini dan kami mengharapkan akan dikurniakan anak-anak yang soleh yang akan memakmurkan bumi Allah dengan kebenaran dan rahmat Islam kelak.
"Dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir."
(Surah Ar-Ruum: 21)



Monday, 2 April 2012

Aku Telah Memilih Satu Malaikat UntukMu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya..



Baca dan hayati kisah di bawah ini. Fahami mesej yang cuba disampaikan. Dan paling penting, amalkan ilmu yang anda dapat.

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”

Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”

Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”


Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’



Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”


Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”


Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”

Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :


Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu


Monday, 16 January 2012

Mimpi tanpa Keberanian

Salam Sejahtera Kepada Para Follower..

Orang kata mimpi tanpa keberanian tidak akan jadi kenyataan..maksudnya kita boleh bermimpi dan mimpi yg kita impikan tu akan jadi kenyataan sekiranya kita ada keberanian dalam hati untuk menghadapi risiko yg akan datang....erm...dalam maksudnye tu..


Apa pun sebut pasal mimpi dan impian....Impian selama ini untuk memiliki si jantung hati ku DSLR sudah pun tercapai semalam...alhamdulillah...Syukur...Apapun akan aku jaga seperti nyawaku....

Terima Kasih...Kerana Dikau memberikan ku peluang dan ruang untuk memiliki DSLR..Alhamdulillah..

Thursday, 5 January 2012

Pemergian Nenek Saudara

Assalamualaikum w.b.t...Salam Sejahtera Para Followers yang setia..


Pada hari Khamis 29 Disember 2011, jam 2pm nenek saudara tu telah kembali ke rahmatullah..Al Fatihah...


****Kejadian dua minggu lepas.
Pada masa tu aku masih lagi berpantang di rumah mak abah...Mak begitu rapi menjaga aku...aku berpantang seperti orang yang baru melahirkan anak...namun kelakuan mak agak lembut kepada aku tidak seperti sebelumnya..memanggil aku dengan lembut, menyediakan mandian ku, memanaskan batu tungku untuk aku,,menghiburkan hati aku yang sedang sayu dan msih sedih dengan lawak2 dia yang tak pernah kering gusi...terima kasih mak..sy sayang mak sgt2...saya doakan kesejahteraan mak..


Pada malam itu, suasana amat sunyi...satu Malaysia heboh tentang gerhana bulan pada jam 12malam nanti..
Aku memandang langit yang gelap gelita dari cermin rumah diruang tamu..."Ya Allah sungguh menakjubkan Kuasa Mu, seakan akan KAU mengerti akan perasaan ku..yang sunyi dan kegelapan. KAU telah beri sinar ke dalam hati dan hidupku semasa aku mengetahui aku mengandung, namun KAU beri juga kegelapan dalam diriku dengan menarik semula keindahan itu...Sesungguhnya KAU amat berkuasa dalam hidup aku, tiada apa yang ada lagi dalam diri ini melainkan semuanya adalah HAK KAMU YA ALLAH..SUBHANAALLAH.."detik hati ku...dan dalam tidak sedar menitis air jernih dari kelopak mataku..Saat itu aku lebih yakin dengan mendalam bahawa Allah berhak semuanya ke atas kita, Allah berkuasa memberi sesuatu kepada kita dan dengan sekelip mata Allah juga berkuasa menariknya dari hidup kita...Aku belajar sesuatu dari apa yang berlaku...Membuatkan aku mula yakin, faham dan lebih dekat pada Allah.

                                                                 

Tiba-tiba aku terdengar suara mak mengadoi..."Adoi...Sakitnya"rengus mak..aku segera berlari mendapatkan mak."Kenapa mak??"tanya ku. Mak menunjukkan tangannya yang lebam..biru..birat,,,ada dua kesan yang rapat...seperti digigit benda halus..."Astaqfirullah al azim..macamne boleh jadi macam ni mak?..."Mak keluar tadi ambil daun inai..nak buat minuman ubat kau.."jawab mak..hati aku yang sebak mula bertukar menjadi terharu..."Ya Allah...mak kenapa tak ambil esok jer..esok pun boleh kan..dah malam ni mak..."Aku segera membawa mak masuk..Membacakan ayat kursi 3x lalu ku hembuskan dengan idung dan tekan pada kesan lebam itu..Kelihatan mak seperti kesakitan..

                                                                   Gambar Hiasan



***12mlm...
Aku masih lagi belum dapat melelapkan mata..Kelihatan seperti suamiku juga merasakan yang sama...namun kami masing-masing seorang mengadap ke utara dan seorang menghadap ke selatan..mungkin kerana panas pada malam itu...tiba-tiba suamiku bingkas bangun tergesa2 mencapai suiz lampu..dia bertanya kepadaku "Ada panggil kanda n sentuh tangan kanda x?". "tak de pun.."jawab aku..Dia terus bertegas menyuruh aku bercakap jujur..."iyer...betul la..mana ada..kenapa?"..."Rasa macam ada org panggil n sentuh tangan tadi.."jawabnyer...
Aku mula meremang bulu roma..keadaan langit menjadi sungguh kelam...gelap...gelita..."ooo...gerhana bulan dah berlaku ni..".Dalam 30min juga langit gelap...Aku mula sedar langit terang semula dan waktu itu aku sudahpun terawang-awang hendak terlena...




Aku berada di kampung...Ku lihat rumah nenek saudaraku(nek long) ada ramai sangat orang sedang berkumpul..aku berada di rumah nenek yang berada di sebelah rumah nenek saudara ku...Dari tingkap aku dapat melihat suamiku berpakaian lengkap baju melayu dan sampin..."ada apa ni..??Suami aku nak akad nikah lagi ker.."rengus hatiku. Orang ramai menggerumuni rumah nek long...ada juga sekumpulan org tua sedang berborak di bawah pokok sambil menghisap rokok..Aku semakin pelik...aku panggil suami ku yang berada di rumah nek long datang ke rumah nenek aku untuk makan...kelihatan makanan yang sangat sedap menanti kami...


aaaahhhh...Aku bermimpi rupaya...Jam menunjukkan 6pagi..kedengaran azan subuh...aku lekas-lekas bangun dan mengejutkan suamiku untuk solat subuh...Aku masih lagi tertanya apakah maksud mimpi itu...


****Hari2 berikutnya..
Aku masih lagi mendapat mimpi yang sama berturut2 3 hari 3 malam....mengapa yer??adakah itu suatu alamat...aku telah pun bercerita kepada suami ku...namun dia hanya mengatakan mungkin ada kenduri nanti tu..erm...yela kot...2 minggu kemudian mak memberitahu perkhabaran bahawa nek long dah tiada..innalillahwainnaillahirogiun...al fatihah untuk arwah nek long..semoga rohnya di cucuri rahmat..Semalam baru sahaja aku menghadiahkan yassin untuknya...Semoga arwahnya selamat hendaknya.amin..